Pages

Sunday, 3 March 2013

Super Sadis - Kehidupan Penggeledah Sampah Di Jakarta

Bantar Gebang merupakan sebuah tapak pelupusan sampah terbesar di Jakarta. Terletak 30KM dari ibu negara Indonesia, Bantar Gebang, menempatkan 2000 keluarga yang kerjanya menggeledah sampah untuk dikitar semula untuk menyara hidup. Setiap hari dianggarkan lebih 6000 tan sampah warga Jakarta dilambakkan disini. Kerja sebagai penggeledah (scavenger) bukanlah mudah dan tidak lumayan. Dalam seminggu gaji purata mereka ialah RM125 (RP 350 000). Mereka bekerja siang ke malam mencari bahan yang boleh digunakan semula. Jika bernasib baik mereka mungkin terjumpa barang kemas atau alatan elektronik yang dibuang secara tak sengaja. Akibat terlalu daif ada diantara mereka yang mengitar semula sisa makanan yang dijumpai untuk mengalas perut. Bersyukurlah dengan hidup kita kini.















Sumber: http://blogserius.blogspot.com

No comments:

Post a Comment