Pages

Friday, 15 March 2013

Super Ngeri - 10 tradisi kecantikan yg pelik

1. Warnakan Rambut Dengan Darah Sapi 
Jijik melihat darah sapi? Lebih jijik jika darah sapi dilumurkan ke rambut. Ya, itulah yang dilakukan oleh kaum perempuan Iran pada masa dahulu. Mereka mencampurkan henna dengan kecebong dan darah sapi hitam yang dipercayai boleh menjadikan rambut hitam menawan.

2. Make Up Daripada Najis Burung 
Kaum Geisha di Jepun pada Zaman dulu memakai make up yang dibuat dari campuran tepung beras dan najis burung untuk membuat wajah tampak lebih putih. Tak cukup dengan itu, bahagian tersembunyi seperti lubang hidung, bibir dan kelopak mata turut di sapu make up ini. Berani ke anada mencubanya?

3. Lulur Kotoran Buaya 
Pernahkah anda membayangkan berkubang di lumpur kotoran buaya? Cuba anda tanya bangsa Yunani Kuno. Bangsa mereka percaya bahwa kotoran buaya boleh mengembalikan keremajaan kulit. Yang kelakarnya, kalau anda ingin berlulur kotoran buaya anda perlu membayar wang yang agak banyak.

4. Bebat Kaki Ala China 
Ketika China dipimpin oleh Dinasti Qing, gadis-gadis China di paksa kaki kecil. Bayangkan semenjak berusia 9 tahun, kaki mereka dibebat sehingga saat berusia 14 tahun. Jika ukuran kaki lebih daripada 3 inci, tindakan seperti memotong ibu jari akan di jalankan.

5. Wig Sulfur Mimisan 
Kehidupan bangsa Inggeris pada zaman kekuasaan Ratu Elizabeth, terkenal dengan kegemaran warna merah menyala seperti rambut Ratu. Warna itu menjadi tren sehingga banyak gadis-gadis memakai wig warna itu. Masalahnya, wig-wig tersebut rupa-rupanya diperbuat daripada bahan berbahaya seperti sulfur dan kelopak bunga safflower yang boleh mendatangkan pening, mual dan boleh menyebabkan si pemakai pengsan.

6. Bedak Arsenik 
Apa itu zat arsenik? Dalam filem atau drama mengenai pembunuhan sering disebutkan bahawa arsenik merupakan zat beracun yang boleh membunuh seseornag tanpa di kesan. Dengan efek yang mengerikan, wanita Eropah pada abad pertengahan memakai zat arsenik supaya wajahnya tampak lebih putih.

7. Cincin Leher 
Terdapat beberapa suku pedalaman di Asia dan Afrika memakai cincin leher untuk mendapatkan bentuk leher yang jenjang dan cantik. Seramnya, cincin kuning ini sudah dipakai semenjak mereka masih kanak-kanak. Tak hanya dengan itu, fakta menyatakan bahawa aksi cincin leher ini berbahaya kerana tulang leher tidak bertambah panjang, tetapi tulang bahu yang tertekan ke bawah.

8. Berkumur Menggunakan Urin 
Bagi kaum Romawi Kuno yang ingin memiliki gigi yang putih dan bersih, mereka perlu berkumur dengan menggunakan urin bangsa Portugis untuk membersihkan mulut. Tahukah kamu urin ini mengandungi sejumlah kandungan pembunuh bakteri seperti amonia dan urea. 

9. Cakram Bibir 
Aksi cakram bibir yang dilakukan oleh kaum wanita di sekitar sungai Amazon di Amerika Selatan dan Afrika ini adalah salah satu bentuk tindik badan yang sangat tradisional dan ekstrem. Sehingga pada usia muda, bibir akan mudah melebar jika dibentuk secara perlahan. Wanita-wanita yang sudah mencapai ukuran bibir yang diinginkan boleh memakai cakram kayu ini pada masa upacara.

10. Riasan Wajah Dari Timah dan Logam 
Semenjak era Ratu Cleopatra, bangsa Mesir Kuno sudah terkenal dengan kosmetik yang kebanyakannya di perbuat daripada logam-logam berat. Sebut saja timah, tembaga, galena (sulfida timah) sampai kohl (pasta dari logam campuran timah) menjadi bahan hiasan wajah. Selain itu, hiasan ini juga boleh membuatkan kulit wajah menggelupas sampai merosakkan kulit.

Sumber: KapanLagi


No comments:

Post a Comment