Pages

Thursday, 14 March 2013

Super Islamik - Solat Jumaat Atas Jalan Raya Diharamkan Di Perancis

Tanggal 15 september 2011, kerajaan Perancis mengharamkan umat Islam dari mengerjakan solat jumaat diatas jalan raya. Sebab utamanya ialah apabila orang islam mula solat, pergerakan kereta akan terhalang sehingga mengakibatkan kesesakan lalu linyas. Pengumuman pengharaman ini diumumkan menteri dalam negari Perancis Claude Gueant. Menurut Claude pengharaman ini adalah selari dengan perlembagaan Perancis yang sekular.

Umat Islam di Perancis menghadapi masalah ini kerana kebanyakkan masjid yang sedia ada tidak cukup besar. Penghijrahan orang Islam dari luar (terutamanya bekas Koloni Perancis di Afrika Utara) menyebabkan mereka tiada jalan lain selain bersembahyang diatas jalan raya setiap hari jumaat. Tindakkan Claude Gueant disambut baik golongan sekular Perancis yang merasakan negara mereka kini dalam bahaya diambil alih golongan bukan sekular. Jun 2011, penyokong Parti Barisan Nasional Perancis bercadang melakukan protes memakan "Sosej Babi dan Wine" dihadapan jemaah yang sedang bersolat. Namun protes jalanan mereka dihalang oleh pihak polis Paris kerana tidak mahu terjadinya insiden yang tidak diingini.











Sumber: MSNBC


No comments:

Post a Comment