Pages

Saturday 30 March 2013

Super Cool - Wad Bersalin Mewah Di China

China ialah negara yang kini terletak di tangga kedua dalam senarai negara ekonomi terbesar. Mereka mendahului Jepun. Akibatnya kini China mempunyai letusan jumlah jutawan yang ada banyak duit. CareBay ialah sebuah hospital yang dibuka khas untuk wanita besalin di Shanghai. Mereka menawarkan khidmat penjagaan mewah kepada ibu dan bayi. Dalam tradisi masyarakat China amalan "Zuo Yue Zi" . "Zuo Yue Zi" samalah macam amalan pantang dalam masyarakat Melayu. Ketika "Zuo Yue Zi" seorang ibu tidak boleh keluar rumah selama sebulan selepas bersalin. Setiap kehendak si ibu dan bayi akan dilakukan oleh ibu mertua.
Kos penginapan dan penjagaan di Carebay selama sebulan ialah diantara 79,800 Yuan (RM 40 000) hingga 380,000 yuan (RM 190 000). Sepanjang tempoh penginapan si ibu akan diberi layanan mewah seperti makanan gourmet, penjagaan bayi 24 jam, pengawal keselamatan, kelas aerobik dan kelas Yoga. 

p/s : Just in case korang wondering last picture tu. Orang China percaya tayang bontot baby kepada matahari dapat elakkan Demam Kuning











Sumber: Reuters

No comments:

Post a Comment