Phill ialah sebuah restoran yang mempunya konsep yang winning. Ianya sebuah restoran taman permainan. Selama ini restoran yang ada taman permainan hanyalah restoran makanan segera. Tuan punya Phill merasakan budak-budak tak sepatutnya makan makanan segera kerana ianya tidak elok untuk kesihatan mereka. Maka dia pun membuka restoran Phill, restoran yang menyediakan makanan yang sihat dan mempunyai taman permainan seperti McD dan KFC.
Restoran ini mempunyai dua tingkat dengan tingkat bawah khas untuk kawasan permainan. Ianya dihiasi dengan perabot warna ceria dan patung gajah yang comel. Pihak pengurusan Phill bercadang membuka beberapa lagi restoran sebegini di Romanisa sekiranya ianya mendapat sambutan.
Sumber: Dezeen
No comments:
Post a Comment