Pages

Sunday, 31 March 2013

Super Sadis - Bencana Alam Akibat Kapal Kargo Tersadai Di New Zealand

Pada 2011 sebuah kapal pengangkut kargo tersadai setelah melanggar sebuah terumbu karang di New Zealand. Kapal yang sedang membawa 2100 buah kontena ini kini sedang cuba diselamatkan sebelum ianya terputus dua. Ketika pelanggaran berlaku ianya turut membawa 400 tan minyak diesel dan 1700 bahan bakar lain yang kini mula melimpah keluar. Pihak berkuasa New Zealand menganggarkan 300 tan minyak diesel sudahkan mencemari laut sekitar Pelabuhan Tauranga mengakibatkan ribuan burung dan haiwan laut mati. Limpahan minyak Rena kini menjadi insiden bencana alam terburuk di New Zealand sejak beberapa dekad. Usaha menyelamatkan kapal dijalankan dengan cubaan mengepam kesemua minyak dari ruangan kargo kapal. Usaha ini terhenti akibat cuaca buruk dengan hanya 10 tan diesel berjaya disedut sebelum operasi dihentikan. Selain limpahan minyak, kontena kargo yang terjatuh dari Rena juga mengotori pantai berhampiran. Orang ramai yang cuba menangguk di air yang keruh kecewa kerana kargo hanya merupakan bahan makanan beku seperti burger dan kulit rusa yang sudah rosak akibat minyak

Krew kapal yang kesemuanya berasal dari Filipina kini ditempatkan dilokasi rahsia dan dikawal oleh pihak polis kerana takut menjadi mangsa amarah penduduk setempat. Penduduk New Zealand berketurunan Filipina pula menjadi mangsa dengan polis menerima laporan orang berbangsa Filipina dimaki kerana kesilapan krew Rena. Kesiankan....
























Sumber: Atlantic dan BBC

No comments:

Post a Comment