Pages

Sunday, 31 March 2013

Super Sadis - Jambatan Howrah Di Kolkata Bakal Runtuh Kerana Sireh

Jambatan Howrah di Kolkata India ialah mercua tanda yang cukup sinonim dengan bandaraya ini. Ketika siap dibina pada tahun 1943 ia menjadi kebanggaan India kerana pada ketika itu tak banyak negara yang mampu membina jambatan besi sepertinya. Baru-baru orang ramai di India dikejutkan dengan berita bahawa jambatan Howrah bakal runtuh. 

Sebabnya ialah masalah beberapa besi jambatan yang berkarat teruk kerana ludahan manusia yang memakan sireh. Orang ramai yang menggunakan jambatan ini mempunyai habit aneh iaitu meludah sisa sireh pada tiang jambatan Howrah. Akibat dari tabiat kotor mereka ini selama berdekad lamanya besi sokongan jambatan berkarat dan menipis dari 6mm ke 3 mm. Pihak jurutera di Kolkata kini sedang cuba mencari penyelesaian terhadap masalah ini. Mereka bercadang menutup tiang-tiang besi Howrah dengan gentian gelas. 





Sumber: ABCNews

No comments:

Post a Comment