Pages

Sunday 3 March 2013

Super Cool - Selepas 16 Tahun Hotel Ryugyong Bakal Siap

Hotel Ryugyong ialah sebuah hotel yang dibina Kim Il Sung sebagai bukti Korea Utara lebih bagus dari Korea Selatan. Mula dibina pada tahun 1986 ianya sepatutnya dibuka pada tahun 1989 tetapi selepas mengalami beberapa penangguhan ianya bakal siap menjelang 2012. Ianya bakal dibuka sempena hari jadi Presiden Kekal Abadi Kim Il Sung ke 100. Hotel Ryugyong sebenarnya ialah projek keegoan kerajaan komunis Korea Utara yang pada ketika itu jeles tahap gaban dengan kejayaan syarikat Korea Selatan SsangYong menyiapkan Hotel Stamford Raffles di Singapura pada tahun 1986. Pembinaan hanya disambung semula pada tahun 2008 oleh sebuah firma dari Mesir. Kini tinggal proses menyiapkan bahagian dalaman hotel sebanyak 3000 bilik ini. Apabila siap kelak ia akan menempatkan pusat beli belah, hotel berpusing, kasino dan rumah mandi Jepun.













Sumber: http://en.wikipedia.org/

No comments:

Post a Comment