Pages

Sunday 17 November 2013

Super Sadis - Festival Gusti Kuda Di Sepanyol

Rapa das Bestas atau dalam bahasa inggeris "cropping the beast" merupakan sebuah festival 3 hari yang berlangsung di setiap bulan Julai di Galacia Sepanyol. Semasa Festival Rapa das Bestas ini berlangsung, beratus ekor kuda liar akan ditangkap, digusti dan kemudian dipotong bulunya. Rapa das Bestas ialah acara tahunan yang sudah berlangsung selama 400 tahun.

Sejarah Festival Rapa des Bestas bermula kira-kira 400 tahun yang lalu di mana sebuah bandar di Galacia diserang wabak penyakit. Ramai penduduk meninggal dunia ketika itu. Seorang wanita berdoa kepada San Lorenzo , yang merupakan Patron Saint bandar beliau untuk membantu mereka. Berkat doa beliau masalah wabak berakhir. Bagi mengucapkan terima kasih kepada San Lorenzo wanita itu kemudian melepaskan dua ekor kuda ke tanah lapang. Kesemua kuda liar yang ada di Galacia dipercayai berasal dari 2 ekor kuda ini. Setiap tahun kuda liar akan ditangkap dan dipotong bulunya bagi memastikan mereka sihat dan tidak panas ketika musim panas. Untuk menangkap kuda liar, para peserta Rapa das Bestas tidak boleh menggunakan alatan moden. Mereka harus bergusti dengan kuda yang ada bagi menunjukkan kehebatan mereka.






Tuesday 28 May 2013

Super Sadis - Upacara Korban Haiwan Ketika Upacara Desain Di Nepal

Desain ialah pesta 15 hari yang diraikan penganut Hindu di Nepal bagi menghargai Dewi Durga. Mengikut cerita perayaan ini bermula bagi meraikan kemenangan Dewa dan Dewi mengalahkan Ravana si raja Setan. Dewa Ram berjaya mengalahkan Ravana setelah mendapat restu dari Dewi Durga. Beribu-ribu haiwan dikorbankan atas nama Dewi Durga sepanjang tempoh pesta. Jika anda menpersembahkan seekor haiwan adalah dipercayai anda juga akan direstui Dewi Durga. Kalau bawa kereta anda akan dilindungi dari kemalangan.




Sumber: Ibtimes


Super Car - Kereta Berkuasa Gas Kayu Perang Dunia Kedua

Tahukah anda ketika perang dunia kedua dahulu banyak kereta yang menggunakan kayu digunakan di Eropah. Dikatakan terdapat 9 juta kereta berkuasa kayu di Eropah pada ketika itu. Kayu digunakan sebagai sumber bahan api kerana catuan petrol untuk kegunaan ketenteraan. Jadi bagaimanakan kereta berkuasa kayu berfungsi.

Kayu diletakkan didalam balang kedap udara yang kemudian dipanaskan dengan stim sehingga1300 darjah selsius. Dalam ruangan kekurangan oksigen ini kayu akan menghasilkan gas yang mengandungi nitrogen, hidrogen, karbon dioksida dan metana yang juga dikenali sebagai SYNGAS. Hidrogen yang terhasil kemudian digunakan sebagai bahan api bagi menggerakkan enjin kereta. Ketika zaman perang dunia kedua stesyen minyak mula menjula kayu dan bukannya bahan api konvensional.

Just let you know, sebuah kereta Gasogene boleh bergerak sejauh 100 Km dengan "membakar" 30 kilogram kayu. Adakah anda mahu menggunakan kereta sebegini?





Sumber: LowTech

Super Cool - Gudang Prop Di Hollywood

Filem Hollywood memang terkenal dengan prop dan kesan khasnya.Untuk menghasilkan setting yang realistik macam siri MadMen, penerbit menggunakan prop-prop yang sesuai dengan eranya. Dibawah ialah gudang prop yang awesome milik Hand Prop Room Inc dariLos Angeles California. 

Thursday 23 May 2013

Super Cool - Pusat Serenti Di China

Di bawah ini adalah pusat pemulihan dadah di Kunming, Provinsi Yunnan. Di sini penagih dadah dipulihkan dengan menggunakan rawatan psikologi , terapi muzik dan aktiviti fizikal. Admin tak tahu macam mana keadaan pusat Serenti di Malaysia tapi nampak gayanya pusat serenti China nampak lebih mewah. Admin paling suka gambar rawatan secara psikologi dibawah. Pakai anak patung dan mainan? For What????





Sumbr: Reuters

Super Kreatif - Pin Press : Tempat Menyimpan Barang Yang Cool

Dibawah ialah konsep tempat simpanan barang kanak-kanak yang diberi nama Pin Press rekaan My Design. Ianya dibina untuk menggalakkan anak-anak kecil belajar menyimpan barangan permainan mereka sendiri while at the same time boleh berinteraksi dengan Pin Press. Shelving unit ini boleh diubah konfigurasinya shelvingnya mengikut kehendak pengguna. This is cool.


Sumber: Dezeen

Super Sadis - Gambar Akhir Banduan China Sebelum Di Hukum Mati

Dibawah ialah gambar beberapa banduan akhir penjara Wuhan 12 jam sebelum dijatuhi hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah. Pelik juga cara China melayan banduan bilik akhir wanita mereka. Sebagai contoh pegawai penjara menolong banduan mewarnakan kuku, membeli baju yang bakal dipakai sebelum ditembak serta menyuapkan makanan. Di Malaysia bagaimana pula? Tengok je cite 8 Jam.





Sumber: IFeng

Super Kreatif - Beer Belly

Beer Belly ialah bekas menyimpan air yang direka untuk kelihatan seperti anda mmg ada beer belly boroi. Ianya mampu mengisi sehingga 2.4 liter air.


Sumber: Amazon

Super Cool - Sekolah Memandu Di Afghanistan

Gambar di bawah ini adalah beberapa sekolah memandu di tengah-tengah kota Kabul. Yang menarik bagi Admin ialah papan tanda sekolah memandu mereka dalam bahasa Inggeris. Kedua Admin surprised melihat kaum hawa dibenarkan memandu di negara yang masih bergolak ini. Di negara aman sentosa Saudi Arabia kaum hawa diharamkan memandu Negara yang kita lihat sebagai mundur lebih progresif dalam memberikan wanita hak asasi mereka. Syabas Afghanistan dan semoga negara kamu akan akhirnya kecapi keamanan.




Sumber: Izismile

Wednesday 15 May 2013

Super Kreatif - Earonic : Casing I Phone 4 Yang Menarik

Ini ialah Earonic, casing untuk iPhone4 yang mempunyai gambar teliga. Ada 5 rekaan kreatif kesemuanya. Bila digunakan seakan-akan ianya telinga anda sendiri if you are white that is. Lelaki melayu sawa matang macam Admin kalau pakai mungkin ilusinya tak menjadi! Harga sebuah casing ini ialah USD20



Sumber: CollarCubed

Tuesday 14 May 2013

Super Cool - Cara Troll Teman Perokok Anda






Sumber: Ayam dan Babi

Super Cool - Tip Sebenar Buat Duit Daripada FaceBook


Sumber: FaceBook

Super Kreatif - Prank Hadiah Xmas Paling Kejam







Sumber: Ibtimes


Monday 13 May 2013

Super Funny - Rahsia Di Sebalik Papan Tanda Jalan Raya



Super Cool - Majlis Perkahwinan Puteri Sultan Jogjakarta

Majlis perkahwinan puteri Sultan Jogjakarta, Sultan Hamengkubuwono X. Puteri baginda Gusti Kanjeng Ratu Bendara mengahwini Kanjeng Pangeran Haryo Yudanegara di Jogjakarta. Gusti Kanjeng Ratu Bendara ialah puteri ketiga Sultan Hamengkubuwono X dan dalam majlis itu 40 000 warga Jogja membanjiri ibukota bagi melihat kedua mempelai. Pihak istana menyediakan 150 gerai kecil yang memberi air dan makanan percuma kepada rakyat jelata yang hadir di tepi jalan. Dalam majlis resepsi, Presiden SBY menjadi tamu tehormat.





Sumber: IB

Monday 22 April 2013

Super Sadis - Serangan Bom Tangan Di Belgium

Empat orang terbunuh apabila seorang lelaki meletupkan tiga bom tangan di bandar Liege, Beklgium semalam. Nordine Amrani (32) yang sebelum ini pernah ditahan kerana kesalahan menyimpan senjata secara haram dan menanam ganja juga berjaya mencedrakan 75 lagi orang awam yang sedang sibuk membeli belah untuk perayaan Krismas. Nordine kemudian dipercayai membunuh diri sebelum ditangkap pihak polis. Motif kejadian masih belum diketahui tetapi polis Belgium mengesahkan Nordine dipanggil ke balai polis untuk disoal jawab pada hari tersebut. Apabila apartment beliau digeledah polis menemui lebih banyak bom yang disimpan. RIP











Sumber: IBTimes