Pages

Tuesday 28 May 2013

Super Car - Kereta Berkuasa Gas Kayu Perang Dunia Kedua

Tahukah anda ketika perang dunia kedua dahulu banyak kereta yang menggunakan kayu digunakan di Eropah. Dikatakan terdapat 9 juta kereta berkuasa kayu di Eropah pada ketika itu. Kayu digunakan sebagai sumber bahan api kerana catuan petrol untuk kegunaan ketenteraan. Jadi bagaimanakan kereta berkuasa kayu berfungsi.

Kayu diletakkan didalam balang kedap udara yang kemudian dipanaskan dengan stim sehingga1300 darjah selsius. Dalam ruangan kekurangan oksigen ini kayu akan menghasilkan gas yang mengandungi nitrogen, hidrogen, karbon dioksida dan metana yang juga dikenali sebagai SYNGAS. Hidrogen yang terhasil kemudian digunakan sebagai bahan api bagi menggerakkan enjin kereta. Ketika zaman perang dunia kedua stesyen minyak mula menjula kayu dan bukannya bahan api konvensional.

Just let you know, sebuah kereta Gasogene boleh bergerak sejauh 100 Km dengan "membakar" 30 kilogram kayu. Adakah anda mahu menggunakan kereta sebegini?





Sumber: LowTech

No comments:

Post a Comment