Pages

Sunday 31 March 2013

Super Cool - T Shirt Ironman Yang Cool

Memang cantik dan gempak. Siapa tahu boleh beli kat mana T Shirt ni???


Super 18SX - Pertandingan Fesyen Dengan Model Bogel

Pertunjukkan fesyen dibawah diadakan di London ini untuk mempamerkan rekaan topi oleh Robyn Coles. Yes I know this is bullshit.









Sumber: IBTimes

Super Sadis - Jambatan Howrah Di Kolkata Bakal Runtuh Kerana Sireh

Jambatan Howrah di Kolkata India ialah mercua tanda yang cukup sinonim dengan bandaraya ini. Ketika siap dibina pada tahun 1943 ia menjadi kebanggaan India kerana pada ketika itu tak banyak negara yang mampu membina jambatan besi sepertinya. Baru-baru orang ramai di India dikejutkan dengan berita bahawa jambatan Howrah bakal runtuh. 

Sebabnya ialah masalah beberapa besi jambatan yang berkarat teruk kerana ludahan manusia yang memakan sireh. Orang ramai yang menggunakan jambatan ini mempunyai habit aneh iaitu meludah sisa sireh pada tiang jambatan Howrah. Akibat dari tabiat kotor mereka ini selama berdekad lamanya besi sokongan jambatan berkarat dan menipis dari 6mm ke 3 mm. Pihak jurutera di Kolkata kini sedang cuba mencari penyelesaian terhadap masalah ini. Mereka bercadang menutup tiang-tiang besi Howrah dengan gentian gelas. 





Sumber: ABCNews

Super Sadis - Bencana Alam Akibat Kapal Kargo Tersadai Di New Zealand

Pada 2011 sebuah kapal pengangkut kargo tersadai setelah melanggar sebuah terumbu karang di New Zealand. Kapal yang sedang membawa 2100 buah kontena ini kini sedang cuba diselamatkan sebelum ianya terputus dua. Ketika pelanggaran berlaku ianya turut membawa 400 tan minyak diesel dan 1700 bahan bakar lain yang kini mula melimpah keluar. Pihak berkuasa New Zealand menganggarkan 300 tan minyak diesel sudahkan mencemari laut sekitar Pelabuhan Tauranga mengakibatkan ribuan burung dan haiwan laut mati. Limpahan minyak Rena kini menjadi insiden bencana alam terburuk di New Zealand sejak beberapa dekad. Usaha menyelamatkan kapal dijalankan dengan cubaan mengepam kesemua minyak dari ruangan kargo kapal. Usaha ini terhenti akibat cuaca buruk dengan hanya 10 tan diesel berjaya disedut sebelum operasi dihentikan. Selain limpahan minyak, kontena kargo yang terjatuh dari Rena juga mengotori pantai berhampiran. Orang ramai yang cuba menangguk di air yang keruh kecewa kerana kargo hanya merupakan bahan makanan beku seperti burger dan kulit rusa yang sudah rosak akibat minyak

Krew kapal yang kesemuanya berasal dari Filipina kini ditempatkan dilokasi rahsia dan dikawal oleh pihak polis kerana takut menjadi mangsa amarah penduduk setempat. Penduduk New Zealand berketurunan Filipina pula menjadi mangsa dengan polis menerima laporan orang berbangsa Filipina dimaki kerana kesilapan krew Rena. Kesiankan....
























Sumber: Atlantic dan BBC

Super Artis - Muka Orang Pakai Botox Semuanya Sama

Cat Face
Perasan atau tidak muka orang pakai Botox semua sama. Macam kucing! Bahagian mata dan pipi semua stuck in one pose.






Sumber: BlogSerius

Super Car - Miniatur Kereta Usang Oleh Martin Otto Lambert

Martin Otto Lambert ialah seorang artis dari Jerman. Beliau terkenal dengan skill awesome beliau membina kereta pada skala miniature but with a twist. Semua model miniatur beliau ialah kereta dalam keadaan rosak. But honestly speaking dalam keadaan usang macam ini pun the beauty is still there. Check out the awesome details on all of them.

















Sumber: Lambert