Di Iraq Presiden Barrack Hussein Obama sudahpun menyatakan tentera Amerika akan keluar sepenuhnya sebelum penghujung tahun 2011. Ini setelah 8 tahun mereka menakluk Iraq dengan alasan kononnnya Iraq mempunyai senjata merbahaya dan bekerjasama dengan Osama.
Sejarah penaklukan Iraq sudah hampir berakhir tetapi di Afghanistan 10 tahun sejak perang dimulakan, masih tidak kelihatan penghujungnya. Askar berikat yang diketuai USA masih ramai yang terbunuh. Keamanan tidak tercapai. Paling best the hearts and minds of the Afghans tidak dapat dirasuah. Mereka lupa orang Afghan sudah berperang berterusan melebihi 100 tahun.
Kehidupan askar bersekutu juga semakin sukar kerana konvoi yang membawa bekalan mereka kerap diserang hendak. Pelbagai peralahan dan keperluan penting musnah terutamnya bekalan bahan api.
Sumber: Reuters
No comments:
Post a Comment