Pages

Friday, 5 April 2013

Super Sadis - 143 Maut Setelah Meminum Samsu Haram Di India

Di Kolkatta India, 143 orang maut manakala berpuluh-puluh lagi dimasukkan ke dalam hospital setelah minum arak dengan samsu haram. Kejadian berlaku di Sangrampur, 30 kilometer diluar Kolkatta. Mereka yang mati dipercayai meminum samsu haram yang dicampur methanol bagi memberikan kemabukkan maksimum. Arak biasa mengandungi ethanol dan bukannya methanol. Methanol biasanya digunakan sebagai solvent! Mereka yang maut terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah. Samsu haram menjadi minuman feel good time mereka kerana ianya murah dan dijual pada hara 10 Rupee (63 sen) setiap setengah liter. Ini adalah satu per tiga harga arak "halal" yang dibenarkan dijual oleh kerajaan India. Selepas kejadian Polis menahan 10 orang yang dipercayai menjual samsu haram. Orang ramai dan sanak saudara peminum samsu haram pula menyalahkan pihak Polis kerana membenarkan aktiviti haram ini berlaku didepan mata mereka.
Di Gudjarat dimana penjualan alkohol diharamkan, mereka yang bersalah menjual samsu haram sehingga mengakibatkan kematian boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori. Hukuman ini ditetapkan setelah lebih 120 orang maut selepas meminum samsu haram pada tahun 2009.











Sumber: Associated Press

No comments:

Post a Comment