Pages

Thursday, 28 February 2013

Super Cool - Muzium Mee Segera Di Yokohawa

Di Yokohama, syarikat Nissin Noodle membuka muzium mee segera yang menempatkan semua jenis mee segera yang ada didunia. Nissin ialah syarikat yang bertanggungjawab mencipta mee segera. Momofuku Ando , pengasas Nissin mendapat idea mereka mee segera selepas melihat orang ramai beratur panjang untuk makan selepas perang. Beliau sedih melihat orang Jepun terpaksa menunggu untuk makan. Beliu percaya jika orang tidak kelaparan, mereka akan lebih gembira. Maka terciptalah Mee Sup Ayam segera yang dijual oleh Nissin pada tahun 1958
Dari idea untuk memudahkan orang Jepun paska perang makan, idea Momofuku Ando kini sudah menjadi fenomena dunia. Lebih dari 95 BILLION dijual didunia pada tahun 2010.  Di muzium Mee Segera ini anda boleh lihat patung Momofuku Ando , koleksi semua jenis mee segera yang ada didunia dan juga boleh buat mee segera sendiri jika mahu.












Sumber: http://billyinfo.blogspot.com

No comments:

Post a Comment