Pages

Sunday, 17 November 2013

Super Sadis - Festival Gusti Kuda Di Sepanyol

Rapa das Bestas atau dalam bahasa inggeris "cropping the beast" merupakan sebuah festival 3 hari yang berlangsung di setiap bulan Julai di Galacia Sepanyol. Semasa Festival Rapa das Bestas ini berlangsung, beratus ekor kuda liar akan ditangkap, digusti dan kemudian dipotong bulunya. Rapa das Bestas ialah acara tahunan yang sudah berlangsung selama 400 tahun.

Sejarah Festival Rapa des Bestas bermula kira-kira 400 tahun yang lalu di mana sebuah bandar di Galacia diserang wabak penyakit. Ramai penduduk meninggal dunia ketika itu. Seorang wanita berdoa kepada San Lorenzo , yang merupakan Patron Saint bandar beliau untuk membantu mereka. Berkat doa beliau masalah wabak berakhir. Bagi mengucapkan terima kasih kepada San Lorenzo wanita itu kemudian melepaskan dua ekor kuda ke tanah lapang. Kesemua kuda liar yang ada di Galacia dipercayai berasal dari 2 ekor kuda ini. Setiap tahun kuda liar akan ditangkap dan dipotong bulunya bagi memastikan mereka sihat dan tidak panas ketika musim panas. Untuk menangkap kuda liar, para peserta Rapa das Bestas tidak boleh menggunakan alatan moden. Mereka harus bergusti dengan kuda yang ada bagi menunjukkan kehebatan mereka.